"Ali, kenapa kamu tak masuk Islam", Tanya Rasulullah s.a.w.
"Saya memang datang untuk peluk Islam", jawab Ali.
Itu adalah kisah 1,400 tahun yang lalu dimana Ali adalah seorang bukan Islam yang membenci Rasulullah s.a.w. walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Baginda.
Setelah adiknya dibebaskan Rasulullah s.a.w., Ali datang dari negeri Syam(Syria) untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. kerana terlalu ingin mengetahui siapakah Rasulullah s.a.w. Tiada niat langsung untuk memeluk #Islam ketika dia memulakan perjalanan untuk bertemu Rasulullah s.a.w. kerana Islam adalah musuh kepada Ali.
Maha suci Allah telah membuka hijab dan diberi #hidayah pada Ali pada ketika dia bertemu Rasulullah s.a.w.
Semua insan didunia berpeluang mengenali Islam selagi hayatnya masih ada. Marilah sertai Islam.
Bagaimana?
1. Tanya kawan muslim anda,
2. Bertemulah dengan imam atau ahli masjid dimana-mana masjid atau surau,
3. Selidiklah mengenai Islam dari PERKIM
Carilah jawapannya. Moga-moga anda mendapat hidayah.
Hanya Islam adalah agama Allah, tuhan sekelian makhluk dan alam semesta ini.
No comments:
Post a Comment