09 March 2015

Sambung belajar selepas result SPM lulus je

Result SPM sedara saya baru-baru ni cukup-cukup makan je. Lalu kami pergilah karnival pendidikan yang selalunya diadakan selepas result SPM keluar untuk mencari peluang sambung belajar. Hari tu kami pergi 6 orang yang mana empat orang adalah pelajar lepasan #SPM. Oiii ramainya dan bermacam-macam tawaran untuk sambung belajar ni rupanya.

Pening gak di buatnya.... kolej-kolej siap ada yang pakai orang sales lagi, macam pergi karnival IT pulak rasanya, semua suruh masuk kolej masing-masing, rata-rata semua kata ada "biasiswa", yang perlu disiasat dengan lebih lagi....he..he..

Jadi melalui pengalaman #dpaym setelah melalui pelbagai kerenah di karnival tersebut, perkongsian ini adalah khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang:-

1. Mendapat keputusan SPM lulus tahap kepujian (kredit) dan kebawah (lulus je lah tu)
2. Ingin sambung belajar dengan kos minima atau hampir percuma
3. Lebih suka latihan praktikal dari teori

Jika adik-adik lepasan #SPM yang ingin sambung belajar tetapi keluarga adalah orang susah, mak bapa payah nak beri wang saku setiap bulan, lihat peluang-peluang dibawah ni. Kebanyakan institusi ini menyediakan pelbagai program peringkat sijil, menyediakan tempat penginapan, dan ada yang memberi yuran percuma dan wang saku bulanan lagi*.
*-Sila rujuk terus kepada institusi terbabit untuk insentif-insentif yang disediakan.

Ini adalah pembuka pintu je, perlu usaha dari adik-adik atau ibubapa lepasan SPM yang ingin sambung belajar untuk telefon institusi tersebut, buka website mereka atau pergi je jumpa pegawai di institusi pilihan tersebut. Insyaallah mereka boleh membantu.

Keputusan Lulus SPM sahaja....


INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
Untuk yang lulus SPM, lihat dulu peluang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
#IKBN menawarkan pelbagai program peringkat sijil dalam bidang kemahiran.

Ada satu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) di Sepang dan 19 Institut Kemahiran Belia Negara di tempat-tempat berikut:-

Alor Gajah, Bachok, Bandar Penawar, Bukit Mertajam, Chembong, Dusun Tua, Jitra, Kemasik, Kinarut, Kuala Langat, Kuala Perlis, Miri, Naka, Pagoh, Pekan, Peretak, Seri Iskandar, Temerloh dan Wakaf Tapai.

Senarai penuh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan kursus yang ditawarkan ada DISINI.



KOLEJ KOMUNITI
Ada 91 kolej komuniti diseluruh Malaysia. Lulus SPM sudah cukup untuk masuk ke kolej komuniti. Kolej komuniti ni ada di kebanyakan bandar dan menyediakan pelbagai kursus kemahiran. Rata-rata belajar praktikal je sebab bab teori berlebihan buat kepala mereka ni jem, lepas belajar dah boleh berdikari berniaga kecil-kecilan.
Dah banyak cerita usahawan berjaya lepasan #kolejkomuniti yang saya dengar. Ada yang jual ubatan tradisional/kecantikan dengan jualan tahunan RM2.5 juta, buka bakeri & jual kek dapat RM10k sebulan, usahawan servis aircon dengan pendapatan RM9k sebulan - ada ijazah pon belum tentu dapat kerja dengan gaji RM3k sebulan sekarang ni.

Banyak kursus pendek juga disediakan untuk semua peringkat umur.

lepasan-spm

kursus-lepasan-spm
kursus-kemahiran-lepasan-spm

kolej-komuniti


Nak tahu dimana #kolejkomuniti terdekat, dan dapatkan maklumat telefon, website serta kursus ditawarkan klik link KOLEJ-KOMUNITI ini.



GIATMARA
Menyediakan kursus pada bumiputera yang berumur serendah 15 tahun. Lepas #SPM je, memang layak sekiranya mereka boleh membaca, menulis dan berminat.

Institusi ini menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster program iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut & Komestik dan Hospitaliti.

Tengok senarai kursus GIATMARA diSINI dan kursus-kursus ini ditawarkan di lebih 200 buah #GIATMARA di seluruh Malaysia. Boleh dapatkan maklumat di pejabat MARA berhampiran atau buat permohonan secara online di website mereka.



INSTITUT KEMAHIRAN MARA
Ada 13 Institut Kemahiran MARA di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai program peringkat sijil. Syarat utama hanya lulus SPM, lulus BM dan matematik serta 1 kredit dalam lain-lain subjek adalah bergantung pada kursus dipilih. #IKM ni ada elaun sara hidup.

Sambung-belajar-selepas-SPM

lepasan-spm

kursus lepasan spm

kursus-kemahiran-lepasan-spm

spm-kantoi

sambung-lepas-spm-percuma

Maklumat lanjut mengenai tempat dan kursus ditawarkan Institut Kemahiran MARA ada DISINI.



PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
Ini pula adalah program dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menawarkan kursus berasaskan bidang pertanian di peringkat sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 hingga 4. Tahap 4 tu dah kira Diploma Kemahiran Malaysia.

Syarat adalah lulus SPM, sihat Tubuh Badan dan kerana tugasan dibidang pertanian adalah diladang, anda mesti berminat dan komited untuk tugasan luar pejabat. Yang bestnya, kos latihan, pengajian bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Pelatih hanya perlu menanggung kos insuran dan cukai setem. Ada 12 pusat latihan diseluruh Malaysia.

Sambung-belajar-selepas-SPM

kursus-lepasan-spm

kursus-kemahiran-lepasan-spm

spm-kantoi

sambung-lepas-spm-percuma


Maklumat lanjut Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ada DISINI.



INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
Institut Latihan Perindustrian (ILP) adalah institusi latihan dibawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). #ILP diwujudkan kerana perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak. Fokus ILP adalah program latihan kemahiran tenaga mahir untuk pasaran industri perindustrian tempatan.

Program latihan di ILP adalah di peringkat sijil. Mereka yang mempunyai keputusan yang lebih baik boleh juga intai peluang belajar di #ADTEC atau JMTI untuk kursus ditahap diploma.

sambung-lepas-spm-percuma

kolej-komuniti

kursus-kemahiran-lepasan-spm

Sambung-belajar-selepas-SPM

Lihat senarai kursus DISINI dan pusat latihan Institut Latihan Perindustrian  dan ADTEC ada DISINI.



Keputusan Lulus SPM dan ada subjek yang kredit.......

Berikut dibawah adalah peluang untuk adik-adik yang dapat kelulusan kepujian sekurang-kurangnya 3 kredit dalam #SPM, boleh pertimbangkan kursus di institusi dibawah.

INSTITUT PENILAIAN NEGARA
Institut Penilaian Negara (INSPEN) adalah pusat latihan dan penyelidikan di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia. #INSPEN menawarkan program Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah untuk adik-adik yang berminat bertugas didalam sektor hartanah negara.

Penglibatan bumiputera didalam sektor hartanah adalah masih di peringkat minima. Melalui pensijilan ini, anda berpeluang untuk menjadi "real estate agent" bertauliah dan boleh melibatkan diri dalam pelbagai transaksi hartanah di Malaysia.

Sambung-belajar-selepas-SPM

kursus lepasan spm

Lihat maklumat lanjut mengenai latihan di #INSPEN di pautan DISINI. 



KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI
Dan akhir sekali ialah untuk adik-adik yang berminat dalam bidang kesihatan boleh intai peluang di Kolej Pusrawi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan #MAIWP. Pusrawi International College of Medical Sciences atau PICOMS bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar yang terdiri dari golongan asnaf untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat ijazah.

kursus lepasan spm

sambung-lepas-spm-percuma

kolej-komuniti

Maklumat lanjut mengenai kursus di #PICOMS ada DISINI.


Diharap maklumat yang sedikit ini dapat menjadi pembuka minda untuk adik-adik mau pun ibu bapa (nampak jelas ramai yang terkial-kial gak masa kat karnival tu) terutamanya jika mendapat keputusan tidak cemerlang. Ingat, peluang terbuka luas - cari je lubang-lubangnya.

Hasrat saya juga adalah supaya anak-anak kita tidak melepak selepas SPM dan seterusnya terlibat dengan pelbagai isu remaja kerana mereka tiada hala tuju, tak tahu peluang itu ada. Kebanyakan institusi diatas melayan permohonan "walk-in". Pergi je ke institusi-institusi atau kolej tersebut jika payah benar nak dapat maklumat. 

Tujuan maklumat diatas disampaikan adalah untuk membantu mereka yang memerlukan maklumat, oleh itu sila rujuk dengan institusi diatas untuk maklumat terkini dan maklumat mutakhir adalah yang disediakan oleh institusi-institusi. Jadi harap janganlah salahkan #dpaym jika maklumat tak tepat.

Jangan lupa untuk membantu derma pada anak-anak yatim selepas adik-adik bekerja nanti.....

2 comments:

  1. Saya x tahu pun byk peluang macam ni, tk untuk maklumat ini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.

    ReplyDelete

Artikel berkaitan....