05 June 2017

Memburu ganjaran Lailatul Qadar

Carilah Lailatul Qadar disetiap Ramadhan. Lailatul Qadar ada pada 10 malam terakhir dibulan Ramadhan. Allah sembunyikan #LailatulQadar kerana ganjarannya yang teramat special, dan hanya untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja.



#lailatulqadar

Berapa ganjarannya? 1,000 bulan ~ 83 tahun 4 bulan. Banyak ke sikit ni?

Sekiranya anda menderma RM1 pada malam tersebut, anda dah menderma RM1 setiap hari selama 1,000 bulan ~ 83 tahun 4 bulan. Cer kira jumlahnya untuk memotivasikan anda.

Kenapa ganjaran Lailatul Qadar ini diberi pada umat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja?
Kerana umur umat Nabi Muhammad antara 60 hingga 70 tahun sahaja berbanding umur umat nabi terdahulu yang melebihi 1,000 tahun. Kalau tak dapat ceghini, ciput je lah pahala kita berbanding umat terdahulu.

#bila-lailatul-qadar
Apa strategi saya?
Dulu saya cari Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil, tapi bila kita lihat tarikh mula berpuasa kekadang berbeza di negara-negara Islam, saya pun tak pasti malam ganjil tu benar berlaku pada tarikh itu.

Jadi saya ambil target 10 malam terakhir, strategi yang lebih selamat.
Selain melaksanakan apa yang disarankan untuk menghidupkan 10 malam Ramadhan yang terakhir, saya tidak bersedekah RM1, mulai awal Ramadhan, saya akan cari sesiapa saja yang memerlukan bantuan. Hantar je sumbangan RM$ ke rumah asnaf fakir/miskin, wakaf, tahfiz, masjid/surau pada setiap malam pada 10 malam terakhir selepas berbuka puasa (masuk waktu malam). Lagi banyak gandaan RM$ tu lagi banyak pahala menanti, pejam mata buat je.... kerana kita tak pasti akan bertemu Ramadhan akan datang... dan doa supaya Allah terima amalan kita tu.

Ini adalah satu cara bawa RM yang kita ada ke akhirat! Deposit RM disini dan ambil pahala disana. #sahamakhirat melalui laluan #LailatulQadar   

#doa-malam-lailatul-qadar
Banyakkan berdoa spt diatas pada malam-malam Lailatul Qadar

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....