04 February 2015

Sekolah Pondok Maahad Ihya Ulumiddin di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam

Maahad Ihya Ulumiddin di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah sebuah sekolah pondok. Pada tahun 2012, mudirnya, iaitu Ustaz Ahmad Ridoudin telah berusaha untuk membeli sebidang tanah kebun untuk memperkembangkan sistem pengajian berasaskan sekolah pondok. Rujuk artikel terdahulu DISINI.


maahad-ihya-ulumidin


Alhamdulillah berkat usaha tersebut telah membuahkan hasil dan mulai tahun ini Maahad Ihya Ulumiddin di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam ini akan berkembang dengan lebih pesat kerana prasarana pondok yang semakin meningkat. Selepas prasarana ini siap, maahad adalah berupaya untuk menerima lebih ramai pelajar yang ingin mengikuti sistem sekolah pondok.

Berikut adalah sedikit paparan prasarana terkini yang sedang giat dibina ditanah seluas 3 ekar. Pelajar pondok disini, insyaallah akan puas makan rambutan ketika musim buah kerana tanah ini adalah sebuah kebun rambutan yang matang.

surau-ihya-ulumiddin
Surau di peringkat akhir pembinaan
surau-maahad-ihya
Bangunan surau yang lebih selesa
pondok-ihya-ulumidin
Deretan pondok pelajar
pondok-maahad-ihya
Kediamaan asas pelajar bujang
tandas-maahad
Tandas yang lebih selesa
rumah-kelamin-maahad-ihya
Rumah kelamin untuk pelajar berkeluarga
rumah-guru-ihya-ulumuddin


Anda yang berhajat untuk menambah saham amal jariah akhirat adalah di pelawa untuk menyampaikan sumbangan/derma/sedekah/zakat untuk pembangunan Maahad Ihya Ulumiddin dan memertabatkan kembali sistem sekolah pondok.

Sumbangan anda boleh dihulur melalui CIMB Islamic atas nama
MAAHAD IHYA ULUMIDDIN, nombor akaun 8600-9626-33
(no. akaun baru diatas, no. akaun lama masih boleh digunakan sekiranya anda berurusan melalui CIMB)

Pemilik akaun Maybank atau lain-lain bank boleh rujuk DISINI untuk cara-cara pindahan wang ke akaun Maahad secara online. Selepas transfer jangan lupa maklum/sms Bendahari.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyampaian sumbangan atau kemasukan pelajar ke sekolah pondok, boleh diajukan kepada pihak pengurusan seperti berikut:

    Mudir: Ustaz Ahmad Ridoudin  -  019 594 9536 
    Bendahari: En Anuar  -  019 452 1654

Maahad Ihya Ulumiddin adalah sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan jadual waktu pengajian kitab adalah seperti dibawah.

sijil-pendaftaran-Maahad-Ihya-Ulumiddin
Sijil Pendaftaran Maahad Ihya Ulumiddin

jadual-belajar-Maahad-Ihya-Ulumiddin
Contoh Jadual Pengajian Maahad Ihya Ulumiddin

maahad-ihya-ulumiddin
Klik untuk membesarkan imej
Anda juga boleh membantu dengan menyebarkan pamplet ini

Anda yang tinggal di Lembah Kelang dan ingin bertemu Mudir Maahad Ihya Ulumiddin atau mengikuti siri kuliah Tuan Guru Ahmad Ridoudin boleh memilih dari jadual dibawah ini.


jadual-ustaz-ahmad-ridoudin
Klik pada imej untuk membesarkan imej

Sekiranya anda ingin melawat Maahad Ihya Ulumiddin di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam ini, rujuk PETA ini. Paling mudah ialah cari jalan masuk ke Maahad; adalah bersebelahan pondok bas di berhadapan Taman Malwira (jalan P119). Masuk kekawasan kampung dan menuju ke tanah Maahad yang terletak betul-betul bersebelahan/sempadan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

AWAS - Tiada jalan masuk ke Maahad dari Lebuhraya Butterworth-Kulim.



Gambaran diatas adalah jika anda memandu dari Kubang Semang menghala ke Ara Kuda, perhentian bas ada disebelah kanan sebelum simpang kiri ke Taman Malwira. Selepas memasuki lorong bersebelahan perhentian bas tersebut, anda akan melalui jalan kampung bertar dan jalan batu granit sebelum sampai ke surau Maahad Ihya Ulumiddin.

jalan-masuk-ihya-ulumiddin
 
jalan-masuk-ihya-ulumiddin

jalan-masuk-ihya-ulumiddin

Lebih mudah, cari di google map, "maahad ihya ulumiddin mengkuang titi".
Yang menggunakan waze atau google map sebagai panduan arah, harap maklum bahawa jika waze tunjuk laluan masuk ke Maahad dari Lebuhraya, itu adalah laluan yang tidak dibenarkan (tiada jalan masuk dari lebuhraya). Laluan masuk hanya dari jalan P119 Kubang Semang/Ara Kuda sahaja.

Harapan #dpaym adalah anda tak sesat jalan kerana mencari ilmu adalah mencabar!


UPDATE Jun2016
Lihat maklumat terkini Sekolah Pondok Maahad Ihya Ulumiddin DISINI

jalan-masuk-ihya-ulumiddin
Papan tanda arah ke Maahad
jalan-masuk-ihya-ulumiddin
Gambar terkini pintu masuk utama ke Maahad


Sila ajukan sebarang pertanyaan terus kepada nombor telefon tertera diatas. Terima kasih.

8 comments:

  1. AnonymousJune 07, 2016

    Assalamualaikum...
    Tumpang tnya, sya hnya ingin thu jumlah kasar kesulurhan pelajar di sni brpa eh?
    Jzkk :)

    ReplyDelete
  2. Ada lebih kurang 80 orang pelajar ketika ini. Pelajar berkeluarga juga dialu-alukan. Telefon terus untuk maklumat terkini

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum , nk bertanya .. pondok ni ada terima tak kemasukan pelajar umur 21 tahun ; perempuan ?

    ReplyDelete
  4. AnonymousJuly 07, 2018

    Assalamualaikum...
    Bley saya tanye..yuran masok ngan bulanan nye brape ye??harga kitab mcm mana pulak??

    ReplyDelete
  5. Saya ingin bertanya syarat kelayakan kemasukan pelajar.Saya Ada anak lelaki berusia 16 Dan 14 tahun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi terus

      Mudir: Ustaz Ahmad Ridoudin - 019 594 9536
      Bendahari: En Anuar - 019 452 1654

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Paha hari cuti, iaitu hari yang tiada kelas pengajian, apakah aktiviti yang pelajar lakukan. Contohnya menghadiri kelas memanah..mempelajari seni pertahanan diri dll. Jzkk..

    ReplyDelete
  7. Berapa tahun tempoh pengajian di sini

    ReplyDelete

Artikel berkaitan....