Salam pada pengunjung blog "derma pada anak yatim" ini. Mulai tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk kerap posting melalui laman ini kerana posting yang saya pamirkan disini selalunya melalui proses penyelidikan latarbelakang terlebih dulu.
Jadi kekangkan masa telah menyebabkan saya mengambil langkah menyediakan page SahamAkhirat. Laman ini adalah laman yang mempaparkan ringkasan amal jariah yang boleh anda pilih untuk perlaksanaan.
Saya masukkan ciri-ciri tarikh disetiap paparan untuk memudahkan anda anggarkan bila dan sudah lama mana projek tersebut berlangsung. Ciri-ciri kedua adalah nombor telefon dimana anda boleh hubungi pihak yang memerlukan bantuan tersebut. Ini adalah selaras dengan Panduan untuk penderma yang telah disarankan dulu semasa mencari #sahamakhirat.
Jadi kekangkan masa telah menyebabkan saya mengambil langkah menyediakan page SahamAkhirat. Laman ini adalah laman yang mempaparkan ringkasan amal jariah yang boleh anda pilih untuk perlaksanaan.
Diwujudkan juga page untuk sumbangan berkaitan Anak Yatim dan Tahfiz yang bertujuan untuk memudahkan anda memilih saluran sumbangan anda. Ini semua adalah #sahamakhirat untuk kita.
Di akhirat nanti, matawang yang akan digunakan bukan RM, USD, EUR tapi adalah pahala. Semasa perjalanan ini, kutiplah sebanyak pahala sebanyak mungkin supaya kita menjadi #jutawanpahala.
Ikhlas dari #dpaym.
No comments:
Post a Comment