Kali ini saya berkesempatan melawat Maahad Tahfiz Sirajul Quran yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pusat Tahfiz Sirajul Quran ini dikendalikan oleh Ustaz Zul Sudin sebagai mudirnya dan dibantu oleh tenaga pengajar yang terdiri dari ustaz dan ustazah tahfiz. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang berjumlah hampir 80 orang ditempatkan di tiga lokasi berasingan kerana Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ) belum mempunyai lokasi setempat dan tetap.
Dua lokasi tahfiz untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar perempuan. Dua lokasi tahfiz adalah disewa dan sebuah lagi adalah sumbangan seorang hamba Allah yang membenarkan rumah beliau digunakan sebagai pusat tahfiz. Disebabkan pelajar yang semakin ramai, Ustaz Zul memang berhasrat untuk mencari lokasi baru yang mampu menempatkan semua pelajar di satu lokasi dan menerima lebih ramai pelajar.
Ustaz Zul pernah bertugas sebagai guru di KAFA dan berpengalaman menjadi guru agama lebih dari 15 tahun sebelum menubuhkan Maahad Tahfiz Sirajul Quran di Seberang Jaya ini. Banyak liku-liku pengalaman dikongsikan dengan saya dalam usaha memertabatkan penghayatan Al-Quran.
Lokasi Maahad Tahfiz Sirajul Quran Seberang Jaya adalah terletak di Lorong Lampam, tetapi adalah lebih mudah untuk kesana dengan bermula dari Masjid Jamek Seberang Jaya, menyusuri Jalan Siakap dan bila tiba di bulatan, masuk ke kanan ke Jalan Tenggiri, selepas melintas sungai masuk kanan ke Lorong/Pesiaran Tenggiri, susuri sehingga sampai ke Maahad Tahfiz Sirajul Quran, yakni rumah teres disebelah kiri anda. Ini kira masuk melalui pintu belakanglah, lebih mudah.
Jika anda ingin kesana untuk melihat sendiri Tahfiz Sirajul Quran ini atau ingin menyampaikan sebarang bantuan seperti makanan, pakaian, dan sebagainya, jangan lupa telefon Ustaz Zul atau pembantunya dulu. Nombor telefon ada dibawah. Barang-barang yang diperlukan ialah #beras, minyak masak, #gula, #teh, #kopi, biskut kering, sabun mandi, sabun serbuk untuk basuh baju. Keperluan ini adalah untuk membantu anak-anak yatim yang tinggal secara tetap disini.
Ini adalah salah satu tapak cadangan Maahad Tahfiz Sirajul Quran yang didalam perancangan untuk menyatukan pelajar-pelajar di satu lokasi untuk memudahkan operasi harian. Ustaz Zul berbesar hati sekiranya ada insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama beliau dalam perancangan lokasi baru ini atau mewakafkan tanah lain untuk tujuan murni ini. Hubungi beliau.
Dua lokasi tahfiz untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar perempuan. Dua lokasi tahfiz adalah disewa dan sebuah lagi adalah sumbangan seorang hamba Allah yang membenarkan rumah beliau digunakan sebagai pusat tahfiz. Disebabkan pelajar yang semakin ramai, Ustaz Zul memang berhasrat untuk mencari lokasi baru yang mampu menempatkan semua pelajar di satu lokasi dan menerima lebih ramai pelajar.
Ustaz Zul pernah bertugas sebagai guru di KAFA dan berpengalaman menjadi guru agama lebih dari 15 tahun sebelum menubuhkan Maahad Tahfiz Sirajul Quran di Seberang Jaya ini. Banyak liku-liku pengalaman dikongsikan dengan saya dalam usaha memertabatkan penghayatan Al-Quran.
Maahad Tahfiz Sirajul Quran diiktiraf oleh masyarakat setempat dan mendapat bantuan dan sokongan mereka.
Gotong royong masyarakat dalam membantu MTSQ |
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat #dpaym rakamkan ketika lawatan saya ke salah satu lokasi Maahad Tahfiz Sirajul Quran yakni di Lorong Lampam, Seberang Jaya yang menempatkan pelajar lelaki yang berusia antara 9 - 17 tahun.
Pelajar sedang membersihkan tahfiz |
Bata-bata diatur untuk keselamatan anak-anak dari lantai licin |
Pengajian hafiz di MTSQ adalah dibahagikan kepada tiga peringkat:
- Nazirah: Pendedahan kepada kaedah bacaan, kelancaran dan menguasai tajwid Al-Quran.
- Penghafalan: Bermula dari juzu' 30 hingga juzu' 16 dulu dan seterusnya dari juzu' 1 hingga juzu' 15 Al-Quran.
- Kepakaran/Mahir: Setelah tamat menghafal 30 juzu', ulangan penghafalan selama lebih kurang 9 bulan akan berlaku untuk mencapai tahap pakar.
Untuk mencapai matlamat diatas, jadual aktiviti harian pelajar adalah bermula seawal jam 5 pagi sehingga 10.45 malam.
Selesai makan tengahari, sessi pembelajaran petang bermula |
Lokasi Maahad Tahfiz Sirajul Quran Seberang Jaya adalah terletak di Lorong Lampam, tetapi adalah lebih mudah untuk kesana dengan bermula dari Masjid Jamek Seberang Jaya, menyusuri Jalan Siakap dan bila tiba di bulatan, masuk ke kanan ke Jalan Tenggiri, selepas melintas sungai masuk kanan ke Lorong/Pesiaran Tenggiri, susuri sehingga sampai ke Maahad Tahfiz Sirajul Quran, yakni rumah teres disebelah kiri anda. Ini kira masuk melalui pintu belakanglah, lebih mudah.
Jika anda ingin kesana untuk melihat sendiri Tahfiz Sirajul Quran ini atau ingin menyampaikan sebarang bantuan seperti makanan, pakaian, dan sebagainya, jangan lupa telefon Ustaz Zul atau pembantunya dulu. Nombor telefon ada dibawah. Barang-barang yang diperlukan ialah #beras, minyak masak, #gula, #teh, #kopi, biskut kering, sabun mandi, sabun serbuk untuk basuh baju. Keperluan ini adalah untuk membantu anak-anak yatim yang tinggal secara tetap disini.
Lokasi kedua dan ketiga Tahfiz Sirajul Quran adalah terletak di Lintang Kalui dan Lorong Sutera Prima 3, Seberang Jaya.
Menurut Ustaz Zul ada juga ibu bapa yang datang dan tinggalkan saja anak mereka di pusat Tahfiz ini. Ada yang berbulan tidak datang menjenguk anak-anak mereka. Jadi anak-anak inilah yang perlu bantuan dan ada kala ketika mereka hampir-hampir keputusan bekalan, tapi alhamdullilah selalunya ada saja hamba Allah yang datang memenuhi keperluan anak-anak disini. Terharu saya mendengar cerita sebegini.
Jadi jika anda seorang yang prihatin dan ingin membantu Ustaz Zul dalam usaha melahirkan lebih ramai ahli-ahli tahfiz, atau menaja keperluan mana-mana anak yatim secara tetap setiap bulan, anda boleh menyampaikan sumbangan derma, zakat ataupun wakaf melalui akaun CIMB tertera dibawah ini. Ketika ini hampir separuh daripada pelajar #MTSQ tidak mampu membayar yuran kerana mereka rata-rata berasal dari keluarga miskin yang kurang berkemampuan.
CIMB: Maahad Tahfiz Sirajul Quran
#akaun: 8600 9662 81
Sumbangan zakat, derma atau wakaf amat dialu-alukan |
Untuk #dermawan yang mempunyai akaun maybank atau akaun dibank lain, anda boleh RUJUK DISINI untuk cara-cara pindahan wang ke akaun akaun CIMB Maahad. Selepas menyampai sumbangan tersebut, sms/whatsapp lah Ustaz Zul untuk makluman.
Ustaz Zul boleh dihubungi di talian 014 741 2678 atau mtsq2011@gmail.com
Talian alternatif - Ustaz Firdaus: 013.434.7202
Bantulah setakat mana yang anda mampu, semoga Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan yang anda lakukan dalam memertabatkan Al-Quran. Silakan kongsi makluman ini supaya ikhtiar kita yang walaupun sedikit ini mendapat keredhaanNya.
Lawatan pemimpin negara |
Lokasi baru cadangan Maahad Tahfiz Sirajul Quran |
Marilah membantu Ustaz Zul mewujudkan lebih ramai para hafiz & hafizah |
#dpaym #maahadtahfizsirajulquran
UPDATE JUN2016
Alhamdullilah berkat bantuan dari anda sekelian, Maahad Tahfiz Sirajul Quran telah mendapat perhatian umum. Terkini syarikat-syarikat juga telah bermurah hati untuk menghulurkan bantuan melalui program #HMKotakRezeki dan akhbar Harian Metro juga membuat liputan. Teruskan bantuan anda untuk mereka, in sya Allah satu hari nanti #mtsq akan memiliki premis sendiri.
Terima kasih juga kepada #matperiukcafe yang telah tampil membantu #mtsq melalui kerjasama amal melalui #matperiukseberangjaya
Pastikan anda menjamu selera di #matperiukseberangjaya - dapat kenyang, dapat beramal juga.
Menjamu selera sambil beramal |
Salam... Boleh tahu terkini berapa ramai ahli anak anak tahfiz di sini...
ReplyDeletewsalam untuk maklumat tahun 2020 pelajar kini 51 orang pelajar
DeleteSalam, Ustaz Zul telah kembali ke pangkuan Ilahi
Deletepada 22 Januari 2022 yang lalu.
Nak Tanya macam mana cara nak masuk belajar kat sana
ReplyDelete