08 January 2013

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat adalah satu lagi pusat tahfiz yang terletak di Kg Repek, Pasir Mas, Kelantan. Pusat ini dikendalikan oleh Ustaz Subki (tel: 019-939-4185). Ustaz Subki mempunyai wawasan untuk menghidupkan semula dan  memertabatkan institusi penggajian pondok yang semakin ditelan zaman. 

Penyusutan  pusat-pusat ini secara ketara telah membuat beliau bekerja keras untuk merealisasikan impiannya. Pada masa ini Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat menerima pelajar dari segenap lapisan masyarakat dari dalam dan juga luar negara. 

Dana untuk menjalankan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat di dapati dari pelbagai sumber termasuklah sunbangan derma, zakat, dan juga hasil dari buku tulisan beliau sendiri. Jika anda membeli buku hasil tulisan Ustaz Subki, anda telah membantu beliau untuk menghasilkan dana untuk Maahad ini.

Maahad_Tahfiz_Kg_Repek

Maahad_Tahfiz_DarulQuran_Wal-Qiraat
Masjid Imam Syafie & Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Untuk mendapatkan buku diatas dan lain-lain buku hasil tulisan Ustaz Subki, anda boleh mendapatkannya secara online dari link berikut:

Saudara-saudari yang bersedia untuk beramal terus dan membantu Ustaz Subki boleh menghubungi beliau ditalian 019-939-4185 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebarang derma, zakat untuk membantu penggajian anak-anak miskin di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat atau pembinaan fasa berikut Masjid Imam Syafie boleh di masukkan ke akaun BIMB Cawangan Pasir Mas Kelantan melalui akaun berikut:

 Nama akaun: Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat Berhad
 0302-7010-0146-25

 Nama akaun: Masjid Imam Syafie
 0302-7010-0324-51

Sumbangan juga diterima untuk pembinaan fasa seterusnya Masjid Imam Syafie. 

masjid-imam-syafie
Sijil Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Hubungi Ustaz untuk maklumat lanjut. 

Maahad_Tahfiz_Pasir_Mas
 Klik pada gambar untuk membesarkan imej

 

6 comments:

  1. pusat tahfiz ada tak no akaun maybank? majoriti kami ada akaun maybank, lagi senang nak salurkan derma :)

    ReplyDelete
  2. Setahu saya ustaz Subki tiada akaun maybank. Saya arif akan fakta tersebut dan dah selalu bagi maklumbalas pada pusat-pusat tahfiz, anak yatim, dsb tapi entahlah masih ramai yang hanya kekal dengan akaun BIMB sahaja.

    Apa yang saya cadangkan dan amat mudah ialah guna "interbank transfer" dengan kos bayaran pindahan hanya 10 sen sahaja. Jika pilih "immediate transfer" semasa arahan, bank akan charge RM2 untuk pindahan tersebut.

    "interbank transfer" yang dibuat sebelum 12.30 tengahari pada hari bekerja, selepas jam 6 petang pada hari yang sama, penerima akan dapat wang tersebut.

    Terima kasih kerana kesudian cik untuk menyumbang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum saya seorng siswi drp univsiti awam still lagi belajar, mempunyai pengalaman mengajar kelas tmbahan ,kalau inginkan khidmat sy sy tidak kisah tetapi hanya pada cuti semester sahaja..hnya berniat ingin membantu inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas niat murni tersebut. Sila cuba hubungi terus ustaz Subki.

      Delete
  4. Pengambilan murid bermula umur berapa?

    ReplyDelete

Artikel berkaitan....