11 April 2016

Masa untuk menjana saham akhirat

Bayangkan terdapat sebuah bank yang kredit akaun anda setiap hari dengan RM86,400.
Tiada baki boleh dibawa dari hari ke hari. Setiap jam 12 tengahmalam, ia memadam apa sahaja daripada baki anda gagal menggunakan pada hari tersebut.

Apa yang akan anda lakukan?
Keluarkan setiap sen, betul tak!

Setiap daripada kita mempunyai akaun bank tersebut. Namanya MASA.

Setiap hari, ia memberi penghargaan kepada anda dengan 86,400 saat. Setiap malam ia write-off, apa yang anda telah gagal manafaatkan untuk tujuan yang baik pada siang tadi.
Tiada lebihan dibawa kehadapan. Tiada overdraf dibenarkan. Setiap hari ia membuka akaun baru untuk anda. Setiap malam ia hapuskan baki yang ada. Jika anda gagal untuk menggunakan deposit masa hari ini, kerugian yang adalah milik anda.

Tidak akan ada pusing belakang.
Tiada "ambilan" untuk esok juga.
Anda hidup pada masa sekarang, atas deposit hari ini.
Melaburlah bagi mendapatkan yang terbaik dalam kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan simpanan hari esok!

Masa untuk menjana saham akhirat sedang berjalan.
Lakukan yang terbaik hari ini.
Jana #sahamakhirat untuk #pahalamultilevel hari-hari.
Kerana kawan-kawan #dpaym yang dah tak cukup masa, memang #tamakpahala melakukan kebajikan setiap hari!


bank-masa


Senarai peluang menjana saham akhirat. Dapatkan maklumat dan saluran untuk menderma di posting berikut.
 
Untuk anda yang baru menceburi arena #sahamakhirat ini, rujuk Panduan-untuk-penderma ini.


No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....