Masjid Sungai Nibong Besar Pulau Pinang adalah antara masjid-masjid lama di Pulau Pinang yang sedang dalam perancangan pembangunan semula. Dari sudut sejarah Pulau Pinang, Masjid Batu Uban yang terletak tidak jauh dari Masjid Sungai Nibong telah diiktiraf sebagai salah satu masjid terawal di Pulau Pinang, dimana pendaratan Datuk Haji Mohammad Saleh ketika membuka penempatan baru di Pulau Pinang.
Jadi Sungai Nibong yang secara geografinya adalah terletak bersempadanan dengan Batu Uban adalah limpahan penduduk asal Pulau Pinang. Mengikut sejarah, penempatan awal Melayu di Pulau Pinang adalah antara Batu Uban dengan Bayan Lepas.
"Masjid Batu Uban telah di asaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Maharaja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang. Beliau berhijrah dari Minangkabau. Nek Som memaklumkan kepada kami bahawa Nakhoda Nan Intan berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Pagar Ruyung, Sumatera. Nakhoda Nan Intan telah datang ke Pulau Pinang bersama dua bahtera lagi. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan."
"Masjid Jamek Sungai Nibong Besar adalah sebuah masjid lama yang didirikan sekitar tahun 1880 an dan merupakan di antara masjid yang tertua di Pulau Pinang.
Ianya juga menjadi simbol penempatan orang melayu Islam pada waktu dahulu yang menjadi sebahagian daripada populasi keseluruhan rakyat Pulau Pinang pada masa sekarang."
Jika kita ada kawan-kawan dari Pulau Pinang yang berasal dari tempat-tempat yang dinyatakan diatas, berkemungkinan besar datuk-nenek mereka adalah orang-orang awal di Pulau Pinang.
Pada yang masih kurang pasti kedudukan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, ia adalah dekat sangat dengan tapak Pesta Pulau Pinang.
Pembangunan semula #masjid #sungainibong #pulaupinang rayuan dari #dpay - Jom menyumbang untuk tabung #sahamakhirat kita!

Masjid SNB betul-betul ditepi Jalan Sultan Azlan Shah |
Melihat Masjid dari atas laluan jalanraya |
Masjid dah dibawah laluan jalanraya |
klik SINI untuk gambaran interaktif sekitar masjid.
Menurut Pengerusi Pembinaan Semula Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Tn Hj Asri, masjid ini telah mengalami beberapa kali pembinaan semula sejak ia mula-mula dibina. Al maklumlah jika dikira usianya dari mula-mula dulu, dah 136 tahun masjid ini wujud. Jadi ini dah sampai masanya masjid yang ada ketika ini yang dibina pada tahun 1970, dibangunkan semula seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Masjid Sg Nibong Besar ini.
Kenapa kita semua harus segera menyahut dan turut serta dalam usaha pembangunan semula masjid ini?
Kerana Masjid Sungai Nibong Besar sudah tidak mampu untuk menampung jumlah jemaahnya. Lihatlah bagaimana saudara-saudara Islam kita menunaikan solat jumaat mereka.
Kerana Masjid Sungai Nibong Besar sudah tidak mampu untuk menampung jumlah jemaahnya. Lihatlah bagaimana saudara-saudara Islam kita menunaikan solat jumaat mereka.
Jadi marilah kita segera menyumbang kepada Tabung Pembinaan Semula Masjid Sg Nibong kerana masjid sedia ada sekarang hanya berkeluasan 4,500 kaki persegi dan hanya mampu menampung lebih kurang 800 jemaah sahaja. Ketika ini qaryah masjid ini adalah seramai 6,500 orang.
Masjid baru dalam perancangan telah di lancarkan oleh Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang, akan mempunyai 6 tingkat dengan keluasan 40,000 kaki persegi dan mampu menampung tiga kali ganda jumlah jemaah ketika ini serta lain-lain fasiliti berkaitan untuk kemudahan umat-umat Islam setempat.
Sumbangan anda yang prihatin adalah amat diperlukan untuk menampung kos pembinaan semula yang dianggarkan melebihi RM8 juta. Walaupun angka ini agak besar, saya menyeru marilah turut serta dalam usaha untuk mengekalkan warisan melayu Islam di Pulau Pinang dan juga yang lebih penting ialah meraih pahala #amaljariah yang berterusan kerana walaupun RM10 sahaja yang anda sumbangkan, pahala fisabililah akan tercatat untuk anda untuk selama mana masjid ini digunakan nanti.
Jika anda rasa RM8 juta adalah satu jumlah yang banyak, jom pakat ramai-ramai menyumbang. Jika seorang menyumbang RM10, hanya 800,000 penyumbang diperlukan dan jika sumbangan RM100 seorang, hanya 80,000 orang penyumbang sahaja yang diperlukan. #dpaym rasa ramai yang mampu menyumbang lebih dari RM100.

Saya difahamkan ketika ini tabung pembangunan semula masjid telah mendapat sekitar 20% dari jumlah sasaran. Pada kebiasaannya apabila tabungan ini mencapai kutipan sekitar 60 -70% dari anggaran kos, pembinaan akan dimulakan.
Nombor Akaun Bank Muamalat: 07020003505718
Nama Akaun: Masjid Sungai Nibong Besar
Nama Akaun: Masjid Sungai Nibong Besar
Untuk yang ingin menyumbang secara pindahan akaun, sila rujuk disini untuk cara-caranya. Ye lah tak ramai yang ada akaun Bank Muamalat, kos transfer melalui IBG hanya 11 sen sahaja. Tapi #pahalajariah adalah berterusan.
Jika pemegang akaun Maybank tak nak kena kos tambahan IBG tu, boleh guna akaun Maybank masjid.
Jika pemegang akaun Maybank tak nak kena kos tambahan IBG tu, boleh guna akaun Maybank masjid.
Nombor Akaun Maybank: 557380408573
Nama Akaun: Qariah Masjid Jamek Sg. Nibong Besar
Nama Akaun: Qariah Masjid Jamek Sg. Nibong Besar
Cuma lepas transfer, tolong maklumkanlah pada Hj Asri (013-459 1515) atau Hj Mohd Noor (019-494 1941) untuk makluman urusan akaun mereka atau urusan resit, jika diperlukan.
Marilah kita turut serta untuk merealisasikan untuk mewujudkan sebuah masjid baru dan mengelakkan saudara-saudara seislam kita melaksanakan solat di kaki lima jalan. Anda prihatin!
Marilah kita turut serta untuk merealisasikan untuk mewujudkan sebuah masjid baru dan mengelakkan saudara-saudara seislam kita melaksanakan solat di kaki lima jalan. Anda prihatin!
Struktur enam tingkat masjid baru |
Rujuk IMEJ REKABENTUK untuk anda yang ingin melihat lebih banyak lagi reka bentuk masjid baru.
Saluran interaksi www.fb.com/MasjidSungaiNibongBesar untuk pertanyaan mengenai Pembangunan Semula Masjid Sungai Nibong Besar atau mendapatkan lain-lain maklumat.
No comments:
Post a Comment