Apa tu freemarket? Perkataan "free" bermaksud percuma dan "market" adalah pasar. Kalau di alih bahasa,
freemarket adalah "pasar percuma". Tak kan ada orang nak bagi benda free sekarang ni.... ni mesti ada sesuatu dibelakangnya.
Tak, #freemarket adalah free! semua barangan di
freemarket adalah barangan terpakai yang diberi percuma oleh pemiliknya. Mereka tidak memerlukannya lagi, tetapi masyaAllah, masih ramai yang memerlukannya. Terutamanya
anak-anak yatim dari golongan asnaf.
Hampir menitis air mata saya apabila berkomunikasi dengan seorang ibu tunggal apabila ia meminta untuk mengambil pakaian terpakai untuk anaknya. Apa pula bapa yang datang sendirian, tapi kita tahu apa yang diambil beliau adalah untuk anak-anaknya.
Sekiranya ada yang kata kita hidup mewah di Malaysia, datanglah ke freemarket, anda akan tahu kerumitan hidup dibandar adalah sesuatu yang benar.
Ada juga yang kata, mereka yang datang ambil tu bukan memerlukannya, tapi dibuat macam-macam pekara lain. Pada saya, pedulikanlah bisikan syaitan itu. Apabila anda
ingin melakukan kebaikan, pasti syaitan akan cuba merosakkan niat anda. Niat kerana Allah, give away. Apa yang berlaku selepas itu, bukan salah anda lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti freemarket, lawati anak-anak muda prihatin di link dibawah. Segala maklumat lanjut ada di group fb tu. Tahniah pada anak-anak muda yang prihatin ini. Insyaallah konsep freemarket ini akan berkembang dan pasti konglomerat besar akan turut serta nanti (siapakah mereka itu).
Jika anda rasa kurang ketenangan dalam kehidupan seharian anda, carilah apa-apa yang anda tidak perlukan lagi disekitar bilik/rumah anda, pergi ke mana-mana
#freemarket,
anda sendiri berilah kepada mereka yang memerlukan - insyaAllah anda akan merasai perbezaan dalam diri anda nanti. Jom turut serta dan lakukan apa yang anda termampu hari ini
!
anda mungkin perlu login ke akaun fb terlebih dulu
Berikut adalah sedikit paparan aktiviti sekitar #freemarket
|
Pinggan mangkuk terpakai pun ada yang memerlukan |
|
Pakaian adalah yang paling banyak orang memberi |
|
Mainan anak-anak & soft toys adalah hot item
|
|
Semua saiz baju kurung amat diperlukan |
|
Seluar anak-anak remaja ~ 10 hingga 15 tahun amat diperlukan |
UPDATE September2015
Alhamdullilah seperti yang saya jangkakan #freemarket di Malaysia telah mula mengorak langkah keserata Malaysia dan badan koperat telah mulai mengambil perhatian.
Zakat Selangor &
Zakat Kedah dah mengadakan sessi #freemarket mereka.
|
Gambar Ihsan sessi freemarket Zakat Selangor |
|
Gambar Ihsan dari Zakat Selangor |
|
Sessi freemarket Zakat Kedah |
Gambar-gambar dari sessi #freemarket.......
|
Jerebu tidak menghalang aktiviti freemarket |
|
Beri je buku nota free yg bertapa di rak-rak buku anda |
|
Tak tahu apa anak buat dgn hadiah - freemarketkan je |
|
Apa-apa jua barang yang kita tak perlukan lagi |
|
Guideline/Peraturan untuk penyumbang |
|
Idea untuk memberi apa? |
|
Nak? Minta dengan baik |
|
Aktiviti untuk kanak-kanak |
|
Berinteraksi melalui permainan |
|
Beri ilmu baru pada sesiapa jua |
|
Sharekan binatang peliharaan anda |
|
Beri perkhidmatan percuma |
|
Makanan pon boleh |
|
Bukan semua kanak-kanak kenal ais krim ni! |
|
Jenama baru? Boleh beri free, jual tak boleh |
|
Sayur pun boleh |
|
Bawa team anda! |
Freemarket ni memang pelik - anda akan dapat lihat satu dimensi baru yang selalunya tak masuk akal anda. Kalau dulu buku-buku latihan yang baru diguna lima enam helaian saya jual saja bersama suratkhabar lama (itu pun tak laku - orang surat khabar lama amik free je, katanya tiada harga), tapi kini tak lagi, saya akan koyak dan buang helaian terpakai tu dan bawa ke #freemarket, pasti ada yang memerlukan. Begitu juga dengan pensil yang tinggal tiga empat inci, kumpul dan ikat dengan getah dan bawa ke
freemarket.
|
Suka dapat peralatan sekolah... |
Barang yang diperlukan bermusim gak, kalau bulan November sehingga Januari, pakaian sekolah amat diperlukan. Pakaian sekolah pasti ada yang memerlukan. Bagpack (beg sekolah) - ini adalah hot walaupun kadang-kadang beg ini dah koyak sikit dibahagian tali pemegangnya. Beritahu je pada penerima untuk usahakan jahit kembali untuk kukuhkan tali pemegang itu.
Barangan yang senantiasa mendapat sambutan, tetapi kini dah kurang penyumbang adalah barangan berkaitan kanak-kanak seperti buaian bayi, walker, pram dll. Barangan ini biasanya mengambil banyak ruang simpanan dirumah anda, #freemarketkansaja jika tak diperlukan lagi.
Mainan kanak-kanak, pasti ada yang nak. Sebagai penyumbang, tak pernah saya pulang dari
#freemarket dengan mainan kanak-kanak. Sayu hati bila tengok anak kecik minta bear dan kemudian peluk bagaikan tak nak lepas-lepas.
Walaupun saya dah lama mengikuti pelbagai sessi freemarket, setiap kali ada pasti ada pengalaman baru. Jika anda belum pernah (ya sampai ketika ini masih ramai "first timer" yang terpingga-pinga) pergi ke mana-mana freemarket, lihat dulu
gambar-gambar disini untuk mendapat ilham. Terimakasih kepada grup #FreeMarket untuk gambar-gambar diatas.
Diharap posting ringkas ini dapat memberi cetusan idea kepada mereka-mereka yang baru mengenali freemarket ini. Join grup, dapatkan maklumat, jadilah penyumbang atau organiser freemarket di pekan-pekan kecil dimana jua di Malaysia. Konsep bantu-membantu ini perlu diperluaskan ke seluruh Malaysia!
Jika anda tak tahu apa nak buat dengan barangan yang BERTAPA di stor atau kediamaan anda,
#freemarketkansaja. Dapat pahala!
No comments:
Post a Comment