03 October 2014

Tabung Pembangunan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi

Satu lagi peluang untuk  >> #pemburupahala .......

Pembinaan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi sedang rancak dalam pembinaan. Dah siap sekitar 25%. Tabungan pon dah ada sekitar 70% dari target RM12juta. AJK Pengurusan Tabung Pembangunan Masjid Al-Umm hanya memerlukan sebanyak 30% je lagi. Ini bermakna Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi dibawah naungan Tuan Guru Dato Dr Harun Din ini insyaAllah, siap tahun depan sekitar bulan Mei 2015.

Bagi para #pemburupahala #sahamakhirat ini adalah peluang terbaik dan tak perlu tunggu lama dah untuk mula menambah #tabunganpasif akaun akhirat anda. Masjid yang terletak dikawasan seksyen 1 Bandar Baru Bangi, insyaallah akan dimanafaatkan sepenuhnya kerana ini adalah kawasan majoriti penduduk beragama islam yang telah matang, ramai pengunjung masjid. Masjid ini juga adalah direka bentuk untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar dan insyaallah, akan menjadi pusat tumpuan untuk aktiviti setempat. Untuk yang berminat mengetahui fasiliti yang akan disediakan, anda boleh rujuk DISINI.

Butiran untuk #pemburupahala....

MAYBANK ISLAMIC - No. Akaun: 562834607208
Nama akaun:Tabung Masjid Al-Umm

>> Untuk yang bayar income tax, sumbangan ke tabung ini ada pelepasan cukai (LHDN.01/35/42/51/179-6.7271)- cukai kurang, pahala extra, kategori amal jariah lagi. Jika dah transfer, maklum nama penuh, alamat dan butiran bank-in kepada bendahari untuk beliau uruskan resit pelepasan cukai di email masjidalummbbb@gmail.com - harap hubungi mereka juga melalui telefon untuk urusan ini jika anda pasti memerlukan perlepasan cukai untuk sumbangan anda ke Tabung Pembangunan Masjid Al-Umm ini.

>> Untuk yang memerlukan maklumat lanjut:

Pejabat:  03-8920-1791,   012-684-7906,   019-669-7454

#dermapadaanakyatim pun insyaallah akan turut serta.

Masjid_Al-Umm_Bangi
Tapak Masjid Al-Umm
masjid-al-umm
Kelulusan Membina Masjid dari JAIS
masjid-al-umm-bangi
Gambaran Perspektif Masjid Al-Umm
masjid-al-umm-bangi
Gambaran Perspektif Ruang Solat Utama
masjid-al-umm-bangi
Talian Rujukan untuk maklumat lanjut Masjid Al-Umm
masjid-al-umm
Penaung Masjid Al-Umm
derma-untuk-masjid-al-umm
Sumbangan diterima dari pelbagai pihak
masjid-al-umm-nombor-akaun
Pengecualian cukai disediakan untuk individu & syarikat
masjid-al-umm-pembinaan
Masjid dalam Pembinaan
masjid-al-umm-pembinaan
Masjid dalam Pembinaan
masjid-al-umm-pembinaan
Masjid dalam Pembinaan
masjid-al-umm-hubungi
Talian untuk yang memerlukkan maklumat lanjut
masjid-al-umm-nombor-akaun
Nombor akaun untuk sumbangan anda

Marilah turut serta dan meraih pahala pasif ini dengan menyumbang kepada Tabung Pembangunan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Uthman bin Affan r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda "Sesiapa yang berusaha membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah didalam syurga" (Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)


UPDATE: April 2015


Pembinaan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi sedang rancak sekarang ini dan telah melepasi tahap 65% siap. Walau pun telah terlewat sedikit daripada jadual pembinaan asal, masjid ini akan disiapkan pada suku ketiga tahun 2015 ini, insyaallah. Ayuh teruskan sokongan dan sumbangan untuk #pahalaakhirat ini.

Berikut adalah beberapa gambar terkini pembinaan masjid.

Bangunan keseluruhan
Ruangan solat

Dalam sedikit masa lagi, pihak masjid akan membuka undangan untuk individu menderma pelbagai peralatan dalaman masjid seperti kipas, lampu, dsbnya. Semua penyumbang adalah amat dialu-alukan untuk terus membuat sumbangan. Insyaallah, pahala #amaljariah anda akan membantu kita di sana nanti.

Pemilik akaun CIMB boleh RUJUK DISINI untuk cara-cara pindahan wang ke akaun akaun BIMB masjid.  



UPDATE: Januari 2016

Pada masa ini pembinaan masjid telah melangkaui tahap 90% selesai pembinaannya. Walaubagaimanapun sumbangan masih diperlukan untuk menyiapkan pembangunan masjid ini kerana peningkatan kos dan juga caj berkaitan cukai barangan. 
Difahamkan juga, sumbangan dana yang besar yang pernah dijanjikan pada peringkat awal pembangunan masih belum diterima, tetapi Alhamdullilah berkat sumbangan orang ramai dan juga badan koperat serta individu prihatin, projek masih boleh diteruskan. Jika anda membaca posting #MasjidAlUmm ini, bantulah semampu yang mungkin, dengan apa cara yang anda mampu. Tolong share posting ni pun dah dikira membantu.
 
Muslimin & muslimat yg dirahmati Allah yang telah menyumbang ke tabung Masjid Al -Umm, yang sudah berniat untuk menyumbang atau yang ingin memberi sumbangan tambahan bolehlah terus membantu menyumbang. Jika tiada kemampuan membantu, sharekan atau tolong sebarkan maklumat ini untuk kita sama-sama bantu pembinaan rumah Allah ini dan meraih rahmatnya.  

Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau melihat gambar-gambar DISINI atau SINI berkenaan perkembangan pembangunan masjid ini.




UPDATE: December 2017

Masjid Al-Umm telah mulai beroperasi. Dapatkan maklumat lanjut di fb Masjid Al-Umm.


Berilah sumbangan anda hari ini, walau sekecil manapun nilainya kerana pahala untuk sumbangan anda akan mulai mengalir berterusan.  Anda juga berpeluang mendapat pahala seperti Datuk Shabudin! #dpaym mengucapkan terimakasih atas bantuan anda!

derma-masjid
Ihsan Grafik Islamik

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....