24 September 2014

Tak Mampu Bantu Asnaf - Minta Bantuan Pusat Zakat

Kemampuan kita membantu adalah berbeza. Yang mampu boleh terus menyumbang, tapi jika kita tiada kemampuan tapi ingin juga membantu, anda boleh bantu dari segi penyaluran maklumat.

Jika Tak Mampu Bantu Asnaf - Minta Bantuan Pusat Zakat Selangor.

Mudah je - anda boleh ikut langkah seperti berikut:
  1. Dapatkan maklumat mereka yang memerlukan bantuan tersebut seperti nama, alamat dan nombor telefon mereka,
  2. Hubungi Talian Zakat Selangor di talian 1-800-88-5353 dan sampaikan maklumat tersebut.
Mudah je kan untuk Minta Bantuan Pusat Zakat Selangor, Jika Tak Mampu Bantu Asnaf. Mereka ada pegawai yang dipertanggungjawab untuk membuat siasatan.


Untuk negeri-negeri lain saya belum periksa lagi sama ada mereka juga khidmat yang sama. InsyaAllah ada. Cuma yang saya tahu, untuk yang tinggal di Wilayah Persekutuan atau berdekatan sempadan negeri Selangor/Wilayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga menawarkan perkhidmatan bantuan.

Sila buat rujukan kepada mereka, di pusat Baitulmal MAIWP di Kg Baru, KL atau yang juga beroperasi di UTC Puduraya.

minta-bantuan-pusat-zakat
Gambar hiasan - Kumpulan NGO membantu fakir miskin


No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....