14 April 2014

Mari membantu merealisasikan Masjid Kagoshima, Kyushu, Jepun

Satsuma Islamic Culture Center adalah NPO (non-profitable organisation) yang sedang mengusahakan untuk menwujudkan sebuah masjid di Kagoshima, Kyushu, Jepun. Maklumat lanjut mengenai Satsuma Islamic Culture Centre dan aktiviti mereka boleh didapati di SINI.


Dimana Kagoshima ini?

 Kagoshima adalah terletak di bahagian paling selatan di negara Jepun.

 
Kyushu adalah pulau ketiga terbesar di Jepun dan ia termasuk Wilayah berikut bersama-sama dengan Kagoshima iaitu Fukuoka, Saga, Nagasaki, Oita, Miyazaki dan Okinawa. Kawasan Pulau Kyushu adalah 35,600 kilometer persegi. Bilangan penduduk adalah 13.2 juta menurut laporan pada tahun 2004, dan dipercayai sekarang bahawa jumlah adalah lebih daripada itu.

 

 Kenapa Masjid di Kagoshima diperlukan:

- Hanya terdapat 2 buah Masjid di pulau besar Kyushu (35.6 juta kilometer persegi), satu adalah di bandar Fukuoka, dan satu lagi di Oita (lihat peta diatas). Dan Masjid yang paling dekat dengan Kagoshima adalah lebih daripada 300 km, satu jarak yang jauh untuk umat islam disini.

- Kewujudan pusat terbesar Kristian di Kagoshima, menjadikannya keperluan untuk umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam.

- Masjid ini bukan sahaja perlu untuk solat, ia juga memainkan peranan utama dalam kehidupan umat Islam, seperti melakukan upacara perkahwinan di antara orang Islam dan Jepun yang baru memeluk Islam, dan Pusat Kebudayaan Islam Satsuma memang mempunyai acara-acara tersebut pada masa lalu untuk 8 pasangan, separuh daripadanya adalah Jepun yang memeluk agama Islam.

- Salah satu masalah utama yang dihadapi pusat Islam adalah ketiadaan tempat untuk melaksanakan solat jamaah dan aktiviti sosial. Pada kebiasaannya bilik yang digunakan adalah di Universiti Kagoshima. Pusat Islam walau bagaimanapun merasakan tempat-tempat ini tidak akan sentiasa tersedia untuk aktiviti-aktiviti sosial, selain itu, ruang bilik-bilik ini yang kecil tidak mampu untuk menampung bilangan umat Islam ketika solat tersebut. Sebab itulah tempat kekal seperti Masjid Kagoshima adalah sesuatu yang perlu penting untuk menyatukan umat Islam.

- Dalam masyarakat Islam, terdapat banyak bayi yang dilahirkan di Pulau Kyushu, dan mereka tidak tahu apa itu Masjid dan peranan Masjid dalam kehidupan Muslimin, dan ini boleh menyebabkan mereka mempunyai kepercayaan yang lemah pada masa akan datang, kerana peranan Masjid tidak hadir dalam kehidupan awal mereka.
 
- Kewujudan sebuah bangunan dengan tanda-tanda jelas yang Masjid membantu dalam menyampaikan idea bahawa Islam adalah di dalam masyarakat Jepun, yang juga membawa mesej perpaduan.
 
- Kewujudan Masjid dan imam akan membantu dalam panduan ajaran Islam kepada bangsa yang membentuk masyarakat Islam di selatan pulau Kyushu.


Kewujudan Masjid Kagoshima, Kyushu, Jepun akan dilaksanakan secara "fast track" oleh Satsuma Islamic Culture Center dengan membeli sebuah bangunan tersedia.


 Berapa jumlah yang masih diperlukan?

Lebih kurang 11.6 juta yen sahaja lagi diperlukan untuk merealisasikan Masjid Kagoshima, Kyushu, Jepun! 1,000 yen adalah bersamaan lebih kurang RM32. Jumlah sasaran adalah lebih kurang RM370,000 sahaja lagi.


Bagaimana saya boleh membantu kerana saya di Malaysia?

Sesiapa yang mempunyai kemahiran menghantar wang keluar negara boleh terus hantar ke akaun bank di SINI.

Untuk orang di Malaysia, Tuan Muhamad Syukri bersedia untuk menguruskan derma anda melalui akaunnya, rujuk diSINI untuk maklumat lanjut. Semuga usaha suci beliau ini  mendapat rahmatNya.




InsyaAllah beliau akan kumpulkan semua duit derma yang dimasukkan dalam akaun beliau tersebut dan berikan kepada pihak ahli jawatankuasa masjid di Kagoshima ni. (Jangan lupa maklumkan setelah anda masukkan derma dalam akaun) 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi beliau di nombor 0081-80-27406609   (wassap/line/viber/telegram OK).


Saya ingin membantu tapi tiada sumber kewangan yang mencukupi sekarang ini?

Raihlah peluang pahala ini kerana anda boleh membantu merealisasikan Masjid Kagoshima, Kyushu, Jepun dengan hanya "share" posting ini pada wall, forum dan website anda. Itu pun sudah membolehkan anda meraih pahala membantu!

 

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....