08 February 2013

Maahad Raudhatul Ulum Selama, Kedah

Maahad Raudhatul Ulum terletak di Kampung Rantau Panjang Selama, Kedah ini adalah sebuah pusat pengajian islam dan tahfiz. Matlamat utama maahad ini ialah untuk melahirkan para huffaz dan ilmuan agama yang berwibawa, bertaqwa dan berakhlak mulia serta berupaya menjadi pemimpin agama dalam masyarakat.

Maahad Raudhatul Ulum ini bermula disebuah rumah yang kini telah usang. Demi keselamatan anak-anak dan juga ustaz-ustaz pengajar, sebuah pusat pengajian baru beserta asrama sedang giat dibina dengan konsep gotong royong untuk meminimakan kos yang dianggarkan hampir RM200,000. Anggaran kos tersebut adalah kos pembinaan termasuk peralatan asrama dan lain-lain lagi.

Kerja yang sedang giat dijalankan telah melepasi tahap 70% siap. Tapi disebabkan kekurangan dana, pembinaan yang dijangka siap pada bulan Disember 2012 telah mengalami kelewatan dan pelajar-pelajar belum dapat meneruskan pengajian mereka dalam tahun 2013 ini.

Diharap para dermawan tampil untuk menghulurkan bantuan segera untuk membolehkan pusat pengajian Maahad Raudhatul Ulum siap dengan kadar segera. Kadar jumlah kewangan yang kurang adalah dalam lingkungan 20-30% sahaja lagi dari jumlah besar diatas.

Semua sumbangan derma, wakaf, zakat untuk Maahad Raudhatul Ulum boleh dimasukkan ke dalam akaun berikut:

1. Akaun Bank Islam bernombor: 0205 7010 0300 75
 

2. Akaun Bank CIMB bernombor: 0207 0000 1171 09

Kedua-dua akaun diatas nama: Pusat Tahfiz Raudhatul Ulum


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Maahad Raudhatul Ulum Selama Kedah ini boleh diajukan kepada:

Mudir: Tuan Guru Ustaz Ahmad Ridhoudin Abdul Wahad   

-  019 594 9536
Setiausaha: Mohd Khairi Mohd Salleh  -  019 474 1766
Bendahari: Wam Mat Ismail  -  013 418 8867

Semuga bantuan segera dari anda sekelian dapat membantu pengajian diteruskan secepat mungkin.


raudhatul_ulum_1



raudhatul_ulum_2

raudhatul_ulum_3

raudhatul_ulum_4

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....