23 January 2013

Kalendar Hijrah dan Tarikh Penting dalam Islam 2013

Berikut adalah dua paparan untuk memudahkan rujukan anda. Paparan pertama adalah kalender hijrah 1434 -1435 bersamaan tahun 2013 masehi. Kalender hijrah ini akan memudahkan kita untuk membuat rujukan hari persamaan antara hari-hari dalam kalender hijrah dan kalender masehi yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin tahu apakah haribulan islam pada 1hb Jun 2013? Langkahnya ialah lihat kolum pertama, cari "TARIKH =1", kemudian cari kolum bulan "JUN", di petak pertemuan kolum JUN dan  "TARIKH =1" adalah haribulan islam iaitu "22hb Rejab 1434 (hari Selasa)" - mudahkan! Jadi kalender hijrah 1434 ini memudahkan anda untuk merujuk dalam menentukan tarikh pernikahan, tarikh perkahwinan dan juga tarikh kelahiran bayi dalam bulan islam - simpan baik-baik tarikh penting ini kerana kita tidak tahu bila kita akan memerlukan tarikh dalam bulan islam dimasa akan datang. 


Paparan kedua adalah senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam pada tahun 2013. Tarikh penting yang pertama ialah Maulidur Rasul dan disusuli dengan yang lain-lain. Kita dijangka (tertakluk kepada perubahan) akan mula berpuasa tahun ini pada 10hb Julai 2013. Jadi buatlah persediaan awal untuk meraih ganjaran besar pada bulan ramadhan tersebut.


Semuga paparan Kalendar Hijrah dan Tarikh Penting dalam Islam tahun 2013 dapat memudahkan anda membuat rujukan pantas.

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....