04 January 2016

Panduan untuk penderma

Alhamdullilah sekiranya anda telah bertekad untuk menyampaikan apa-apa sumbangan. Sedikit atau banyak bukan ukuran pada Allah Yang Maha Esa, tetapi adalah keikhlasan dalam hasrat ingin membantu. Biarlah sumbangan tersebut menjadi taruhan atau cagaran dihari kemudian kelak.

Langkah bijak seorang penderma
  1. Teliti dulu semua maklumat yang dipaparkan.
  2. Ketelusan pihak yang memerlukan bantuan yakni nama, nombor telefon mesti ada.
  3. Berhubung dengan mereka yang memerlukan bantuan melalui telefon, sms, mesej, wasap untuk kepastian dan semakan nombor akaun. Pastikan juga mereka menerima sumbangan seperti zakat, wakaf, dll jika itu adalah bentuk sumbangan anda. Langkah ini juga untuk mengenal pasti keaslian penerima bantuan.
  4. Sumbangan dengan mengepos wang tunai adalah langkah yang tidak selamat, sebaliknya gunakan penghantaran bantuan melalui sistem ATM, perbankan atas talian atau sampaikan sumbangan semasa melawati penempatan mereka, jika berdekatan dengan anda.
  5. Setelah selesai transaksi, maklumkan melalui sms atau mesej sebagai ganti akad dan selalunya pihak yang menerima bantuan akan memberi mesej balasan terima kasih sebagai tanda penerimaan sumbangan.
  6. Sekiranya penerima bantuan ada mengeluarkan resit seperti perlepasan cukai, teruslah berurusan dengan mereka untuk mendapatkkan resit tersebut.
Diharap langkah ringkas ini dapat menperjelaskan langkah-langkah atau panduan untuk penderma yang ingin menjadi #usahawanakhirat atau mendapatkan #pahalamultilevel. Sebenarnya bukan mudah untuk menderma ni!  

Sekiranya terjadi juga kes yang tidak diingini, saya rasa tanggungjawab anda dah terlunas. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

panduan-untuk-penderma

2 comments:

  1. Salam saya ingin. Di antara sedekah secara sembunyi atau dengan cara terang. Yang mana lebih afdal.

    ReplyDelete
  2. Ikut konteks semasa sedekah tersebut. Sekiranya perbuatan sedekah boleh membuat lebih ramai turut bersedekah, itu adalah baik. Atau tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri, itu juga baik.

    ReplyDelete

Artikel berkaitan....