13 March 2013

Madrasah Nurul Taqwa di Junjong, Kedah


Pondok Madrasah Nurul Taqwa adalah sebuah tempat pengajian yang menjalankan sistem pengajiannya yang tersendiri. dan unik. Sistem talaqi (Menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan di pondok. Di sini Tuan-tuan Guru bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagai penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya sudah mampu berdiri sendiri dan keluar sebagai seorang Tuan Guru yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan islam amnya.


Buat masa pembangunan adalah di peringkat awal di mana pembinaan pondok dan lain-lain kemudahan asas adalah sedang giat dijalankan. Surau asas pun baru disiapkan.

Insyallah dengan sumbangan dan bantuan dari anda sekelian, Ustaz dapat merealisasikan impian beliau.
 
 Sekira muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah ingin menyumbang, mewakaf dan sebagainya bagi memudahkan pihak kami yang sedang mencari dana untuk menambah lagi bangunan surau ditempat pengajian ini boleh berhubung dengan 
Mudir Ustaz Haji Mohd. Hafizan bin Yahya - 019 460 8156, 
Timbalan Pengerusi Ust. Mohd. Bahkry bin Yahya - 019 465 9906,
Setiausaha Saudara Pahimi bin Haji Abdullah - 012 436 7026. 

Atau terus Bank-in kedalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau Bank Muamalat Malaysia Berhad - nombor akaun ada tertera di flyer diatas diatas nama akaun Madrasah Nurul Taqwa.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di http://madrasahnurultaqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....