03 November 2011

Masjid Hiroshima perlukan bantuan anda segera sebelum 24 Nov 2011


klik untuk membesarkan imej
Hari ini saya sempat berbual dengan Ustaz Helmi berkenaan facebook page ni



Menurut ustaz dari 42 juta yen yang diperlukan, alhamdullilah hanya 7 juta yen (~RM280,000) sahaja yang diperlukan lagi dalam masa 3 minggu ni kerana bangunan tersebut dibeli secara bidding. Jumlah tersebut diperlukan sebelum 24 November 2011 ini kerana itu adalah syarat-syarat bidding tersebut.


Jadi saya beritahu ustaz saya akan bantu secara yang saya mampu kerana belum ada masjid di Hiroshima ini. Komuniti Islam sekarang ini menyewa bangunan berhampiran untuk aktiviti penduduk Islam setempat. Diharap sesiapa yang melihat posting ini dapat menghulurkan bantuan atau paling tidak memanjangkan pekara ini kepada rakan-rakan melalui blog, facebook atau lain-lain. 


Maklumat akaun persendirian tersebut didalam gambar diatas adalah akaun pelajar Phd Malaysia. Mereka membenarkan kita melakukan transfer ke akaun mereka kerana untuk memudahkan rakyat Malaysia menderma kerana masa semakin suntuk. Untuk yang boleh menderma terus ke akaun di Jepun, itu adalah lebih baik.  

Bantulah dengan menderma atau memanjangkan pekara ini, mungkin ada dermawan yang dapat membantu usaha murni ini. Semuga Allah yang membalas jasa baik anda! 



Lagi maklumat di blog ini juga




UPDATE!!!

Alhamdulillah pada 7 Nov 2011, Tabung Masjid Horoshima telah berjaya mencapai matlamat kutipan dan insyallah akan terbentuklah satu masjid dan pusat islam di Hiroshima. Kepada anda yang telah bermurah hati menderma, terima kasih! Semuga amal jariah anda membantu anda di kemudian hari.

 




Untuk maklumat lanjut sila rujuk ke facebook page hiroshimamasjid

Dec 2011 - Lihat Solat Jumaat pertama di masjid Hiroshima
 

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....