31 July 2016

Lagi senarai MRSM terbaik di Malaysia

Saya mula beri maklumat senarai #MRSM terbaik di Malaysia ialah pada tahun 2012. Dibawah adalah senarai MRSM terbaik di Malaysia untuk tahun 2015 dan juga senarai sekolah sains terbaik di Malaysia untuk tahun 2015.
Nampaknya ramai ibu-bapa yang memerlukan maklumat ini untuk buat keputusan kemana nak hantar anak-anak cermerlang mereka melanjutkan pelajaran.

Baiklah dibawah ini adalah senarai untuk MRSM terbaik di Malaysia berdasarkan keputusan #SPM 2015 yang telah dikeluarkan pada bulan Mac yang lalu. Rujuk juga posting Senarai MRSM Terbaik Malaysia yang lepas ini, duduk diam-diam, tenung-tenung, banding-banding dulu sebelum buat keputusan pilihan. Semuga permohonan anak anda berjaya! #dpay.


senarai-mrsm-terbaik-malaysia
Senarai MRSM terbaik Malaysia

senarai-sekolah-sains-terbaik-malaysia
Senarai sekolah sains terbaik Malaysia

09 June 2016

Maahad Ihya Ulumiddin - Pusat Pengajian Talaqqi Kitab Turath & Kajian Manuskrip

Pusat Pengajian Maahad Ihya Ulumiddin telah beroperasi sejak tahun 2005.  Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi adalah Pusat Pengajian Talaqqi Kitab Turath dan Kajian Manuskrip karangan ulama Islam khususnya ulama Tanah Jawi serta ulama Tanah Arab. Penggajian adalah melalui sistem sekolah pondok.

Anda boleh merujuk DISINI dan SINI untuk mendapat sedikit penerangan mengenai sejarah Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi.

kitab-turath
Pusat penggajian yang berdaftar dengan JAIP

APA ITU SISTEM PENDIDIKAN PONDOK?
Pendidikan pondok merupakan satu bentuk pendidikan tertua di Alam Melayu. Pendidikan pondok boleh dianggap formal kerana merupakan satu-satunya bentuk pengajian tinggi Islam di zaman tradisi yang memainkan peranan penting melahirkan pemimpin-pemimpin Islam yang merupakan tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan Islam (dakwah & dasar perundangan Islam) dan masyarakat Islam seluruhnya. 

Maahad Ihya Ulumiddin, Mengkuang Titi adalah satu-satunya Pusat Pengajian Talaqqi Kitab Turath yang 100% mengamalkan Sistem Pendidikan Pondok di Pulau Pinang yang berusaha melahirkan alim ulama.

ulama-tok-kenali
Al Alim Al Alamah Tok Kenali
ulama-dunia
Ulama-ulama Dunia
ulama-malaysia
Ulama-ulama terdahulu
Tuan-Guru-Ahmad-Ridoudin
Latar belakang Tn Guru Ahmad Ridoudin

KEUNIKAN MAAHAD IHYA ULUMIDDIN
  • Pengajian secara talaqqi warisan Rasulullah S.A.W. yang mengandungi kriteria-kriteria asas dalam memelihara ketulenan ilmu Islam dan menjaganya daripada disalah tafsir oleh segelintir pihak yang ingin merosakkan Islam.
  • Pengijazahan sanad.
  • Pembinaan sahsiah muslim, akhlak mulia, mujahadah dan sikap berdikari melalui sistem pembelajaran yang unik dan konsisten.
  • Memahirkan pelajar menguasai prinsip-prinsip ilmu agama, merungkai permasalahan-permasalahan yang rumit dan melahirkan ulama yang pakar dalam pelbagai disiplin ilmu agama serta teliti dan halus dalam pandangannya.
  • Melatih pelajar mempraktikkan terus ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
  • Tenaga pengajar yang ikhlas menyumbang tenaga tanpa sebarang gaji dan mempunyai kepakaran serta menguasai hampir keseluruhan metodologi Ilmu Agama.
  • Nilai barakah yang tinggi kerana ia dibina atas sumbangan serta keikhlasan umat Islam. 

maahad-tahfiz
Pelajar bersama Tuan Guru dihadapan surau yang telah siap
sekolah-pondok-di-pulau-pinang
Kediaman pelajar kelamin
sekolah-pondok-di-pulau-pinang
Persekitaran rumah pelajar bujang

SILIBUS PENGAJIAN
  • Tauhid, Tafsir, Hadis, Fekah, Tasawuf.
  • Ulum Al-Hadis, Ulum Al-Quran, Usul Fiqh, Adab, Sirah.
  • Nahu, Sorof, Balaghah, Mantiq, Arudh & Qawafi, Ilmu Wadh'i, Isytiqaq, Al-Bahsi Wal Munazarah, Maqulaat Al-Asyarah dan sebagainya.  

PELUANG SAMBUNG BELAJAR
  • STAM
  • Pusat Pengajian Tinggi dalam & luar Negara seperti Jordan, Mesir, Syiria, Yaman, India, Pakistan, Thailand dan lain-lain.
Sesiapa yang berhasrat mendalami ilmu disini adalah dinasihatkan untuk terus menghubungi Maahad Ihya Ulumiddin melalui nombor telefon tertera.

maahad-tahfiz
Pesekitaran sessi pembelajaran di Maahad
Tuan-Guru-Ahmad-Ridoudin

Tuan-Guru-Ahmad-Ridoudin
Ustaz jemputan di IKIM

 Maahad Ihya Ulumiddin juga adalah pusat Kajian Manuskrip karangan ulama Islam. Berikut adalah contoh manuskrip lama.

Kitab-Turath

Kitab-Turath

Pengajian-Kitab-Turath

Pengajian-Kitab-Turath

Untuk anda yang tinggal di lembah Kelang, anda berpeluang mendapat maklumat lanjut mengenai Pengajian Talaqqi Kitab Turath terus dengan Tuan Guru Ahmad Ridouddin melalui sessi pengajian berikut.

Tuan-Guru-Ahmad-Ridouddin
Sessi di Shah Alam & Sungai Buloh
Tuan-Guru-Ahmad-Ridouddin
Sessi di Universiti Malaya

Untuk anda yang ingin mendapatkan #pahalajariah untuk #sahamakhirat anda, ada berpeluang sama-sama menyumbang dalam bentuk derma atau zakat.
Cara yang paling mudah untuk menderma/berzakat ialah melalui transfer online dan memaklumkan pada En Anuar (019-452 1654) selepas anda transfer sumbangan anda tersebut. Nyatakan jenis sumbangan anda, iaitu derma atau zakat. Semuga kita sama-sama mendapat amalan jariah membantu mereka yang berusaha memertabatkan ilmu agama Islam.

derma-maahad-tahfiz
Sumbangan Derma & Zakat diterima
derma-maahad-tahfiz
Sumbangan jariah untuk arwah juga diterima
derma-maahad-tahfiz
Nombor akaun untuk transfer online

Untuk yang ingin menyumbang secara pindahan akaun dari bank lain, anda boleh rujuk disini untuk cara-cara melakukannnya.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan Maaha Ihya Ulumiddin melalui fb mereka.

Semuga #dpaym dan para penyumbang mendapat keberkatan dengan sama-sama melibatkan diri dalam usaha memertabatkan Pusat Penggajian Kitab Turath melalui sistem sekolah pondok ini.


11 April 2016

Masa untuk menjana saham akhirat

Bayangkan terdapat sebuah bank yang kredit akaun anda setiap hari dengan RM86,400.
Tiada baki boleh dibawa dari hari ke hari. Setiap jam 12 tengahmalam, ia memadam apa sahaja daripada baki anda gagal menggunakan pada hari tersebut.

Apa yang akan anda lakukan?
Keluarkan setiap sen, betul tak!

Setiap daripada kita mempunyai akaun bank tersebut. Namanya MASA.

Setiap hari, ia memberi penghargaan kepada anda dengan 86,400 saat. Setiap malam ia write-off, apa yang anda telah gagal manafaatkan untuk tujuan yang baik pada siang tadi.
Tiada lebihan dibawa kehadapan. Tiada overdraf dibenarkan. Setiap hari ia membuka akaun baru untuk anda. Setiap malam ia hapuskan baki yang ada. Jika anda gagal untuk menggunakan deposit masa hari ini, kerugian yang adalah milik anda.

Tidak akan ada pusing belakang.
Tiada "ambilan" untuk esok juga.
Anda hidup pada masa sekarang, atas deposit hari ini.
Melaburlah bagi mendapatkan yang terbaik dalam kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan simpanan hari esok!

Masa untuk menjana saham akhirat sedang berjalan.
Lakukan yang terbaik hari ini.
Jana #sahamakhirat untuk #pahalamultilevel hari-hari.
Kerana kawan-kawan #dpaym yang dah tak cukup masa, memang #tamakpahala melakukan kebajikan setiap hari!


bank-masa


Senarai peluang menjana saham akhirat. Dapatkan maklumat dan saluran untuk menderma di posting berikut.
 
Untuk anda yang baru menceburi arena #sahamakhirat ini, rujuk Panduan-untuk-penderma ini.


Artikel berkaitan....