18 January 2016

Jadual Waktu Solat Tahunan 2016 - Gombak, Rawang, Petaling, Shah Alam

Saya sharekan maklumat jadual waktu solat untuk tahun 2016 yang telah diringkaskan dalam satu mukasurat. Untuk muslimin dan muslimat yang tinggal di kawasan Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam bolehlah dapatkan dalam bentuk yang diringkaskan untuk kemudahan anda membuat rujukan cepat. Selalunya jadual yg kita dapat mempunyai tulisan yg terlalu kecil dan kurang sesuai terutamanya untuk ibu/ayah yang dah melewati usia.

Print dan tampal kat tempat-tempat yang memudahkan mereka merujuk.
Saya sediakan dalam bentuk fail pdf atau dalam bentuk imej yang boleh dijadikan imej tetap atau screensaver untuk komputer anda.

Silakan download. Diharap usaha ini dapat membantu kita memantapkan urusan dengan Allah s.w.t.
Sumber data adalah untuk jadual ini adalah dari laman web JAKIM.

jadual-solat-tahunan-2016
Klik imej untuk download & "save image"

 Klik DISINI untuk download jadual setahun, fail pdf 

Untuk anda yang memerlukan jadual untuk kawasan anda, sila tinggalkan maklumat di ruangan komen dibawah. Insya Allah sekiranya ada kemampuan & keizinan masa, saya akan sediakan.

Nota: Masa solat adalah penting, sekali sekala periksa juga masa tersebut dengan laman-laman web Jakim atau majlis agama islam negeri untuk menentukan ketepatan masa yang dipaparkan. Antara syarat sah solat ialah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan, Jagalah waktu solat anda.

**Link akan nyah aktif pada akhir tahun 2016

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....