19 August 2014

Rumah Anak-anak Yatim/miskin (tahfiz) Darussalam di Kg Lanai, Kupang, Baling, Kedah

Alhamdulillah minggu lepas kami diberi kesempatan untuk menziarah rumah anak-anak yatim/miskin (tahfiz) Darulssalam di Kg Lanai, Kupang, Daerah Baling, Kedah. Dalam lawatan ini, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Shukor Salleh turut hadir dalam lawatan sambil menghulurkan sumbangan.

Lokasi tahfiz Darussalam >> klik disini


Rumah anak-anak yatim/miskin (tahfiz) Darulssalam ini didiami oleh 21 orang pelajar lelaki berumur 7 hingga 12 tahun. Mereka adalah anak-anak yatim atau miskin dari sekitar daerah Baling yang sangat-sangat memerlukan bantuan atau sumbangan tak kira dari segi wang ringgit atau pun keperluan harian.
Antara senarai barang-barang yang diperlukan ialah #beras, minyak masak, #gula, #teh, #kopi, biskut kering, sabun mandi, sabun serbuk untuk basuh baju. Pakaian serta peralatan persekolahan juga diperlukan.

Tahfiz ini juga menerima sumbangan berbentuk wakaf tanah sekaki RM20. Buat masa ni, kediamaan mereka (lihat gambar dibawah) masih belum dimiliki sepenuhnya lagi dan ustaz amat berbesar hati sekiranya ada penyumbang yang sedia menghulurkan bantuan untuk beliau menyelesaikan bayaran untuk tanah dan rumah anak-anak yatim ini yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi.

Sekiranya ada di kalangan kawan-kawan yg berhajat nak berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita dengan anak-anak yatim tahfiz ini, boleh la terus buat sumbangan kepada mereka melalui akaun Bank Islam, nombor akaun 0204-8010-0556-72, nama akaun "Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Miskin Tahfiz Darussalam".

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai anak-anak yatim ini, hubungi Ustaz Fadzil di hp 019-401 0029 atau Puan Ita 019-524 2074.

Pemilik akaun Maybank atau CIMB boleh RUJUK DISINI untuk cara-cara pindahan wang ke akaun akaun BIMB. 


Semoga Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan yang anda lakukan. Amin.

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai
Anak-anak Yatim Tahfiz Darussalam, Kg Lanai, Baling, Kedah

Van putih di sebelah kanan adalah van sekolah yang digunakan untuk anak-anak ke sekolah harian.
Bahagian hadapan rumah anak yatim Darussalam
Walaupunbagaimana pun rumah yang mereka diami ini sudah agak usang bila dilihat keadaan yang sebenarnya. 

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai
Dinding kayu yang semakin usang


Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai
Asrama anak-anak yatim

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai
Papan lantai yang disokong tiang besi untuk menampung anak-anak yg ramai

Rumah-Anak-Yatim/miskin-Darussalam-KgLanai
Sidai baju ala kadar sahaja

Harap dapat tuan/puan sharekan posting #dermapadaanakyatim ini untuk sama-sama membantu usaha murni ini.



UPDATE - 24SEP2014

Alhamdullilah dengan bantuan yang dihulurkan oleh insan-insan prihatian, ustaz sudah mampu menyelesaikan masalah kediamaan/rumah tempat anak-anak yatim ini berteduh. Walaubagaimana pun bantuan atau sumbangan untuk kehidupan harian mereka masih diperlukan.

Berbanyak terima kasih kepada yang telah sudi membantu, insyaallah bantuan anda dah dikreditkan ke akaun akhirat anda! Terima kasih dari #dapym

2 comments:

  1. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha anda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Mereka akan dibantu jika lebih ramai tahu akan nasib mereka. Sebarkanlah paparan ini supaya ada yang tampil membantu seadanya.

      Delete

Artikel berkaitan....